Mitologi Cina
Mitologi Cina

Mitologi Cina

Mitologi Cina ialah sehimpunan sejarah kebudayaan, cerita rakyat, dan agama yang diturunkan dalam tradisi lisan mahupun bertulis, termasuklah mitos dan lagenda penciptaan dunia dan mitos-mitos berkenaan pengasasan kebudayaan Cina dan negara China. Seperti mitos-mitos lain, mitos Cina pernah sedikit sebanyak dipercayai sebagai fakta sejarah. Para sejarawan menduga bahawa mitologi Cina bermula asasnya seawal-awal abad ke-12 SM. Mitos dan legendanya diturunkan dalam bentuk lisan selama ribuan tahun, baik secara lakon pentas mahupun secara lagu atau berseloka, sebelum dapat dirakamkan dalam bahan pustaka seperti Shan Hai Jing dan sebagainya. Surat-surat diraja dan hukum falsafah seperti Shangshu, Shiji, Liji, Lüshi Chunqiu dan sebagainya, semuanya mengandungi unsur mitos Cina.

Berkaitan